Sistem emas untuk peniaga kecil & penjual live
Daftar stok, jual dengan harga emas semasa, kemudian cetak atau e-mel resit kepada pelanggan. Asas kedai emas, tanpa sistem yang berat.
Setiap permohonan dinilai oleh pentadbir sebelum akaun dibuka.
Jualan hari ini
3 resit- Gelang Tangan 916 · 12.50 gRM5,840
- Rantai Leher 916 · 8.12 gRM3,790
- Cincin Preloved · 3.05 gRM1,310
Peniaga emas yang jaga kedai sendiri
Stok tak banyak, staf tak ramai, tapi setiap gram tetap perlu direkod dengan betul.
Reseller emas
Ambil stok dari pembekal, jual ke rangkaian sendiri. Tahu berapa gram masih di tangan dan berapa untung setiap jualan.
Penjual live TikTok & Facebook
Tutup jualan semasa live, tanda barang terjual dan e-mel resit sebaik pembeli bayar.
Kedai emas kecil
Satu kaunter, beberapa dulang. Ganti buku catatan dan Excel dengan rekod stok, jualan dan belian yang tersusun.
Semua asas kedai emas, dalam satu sistem
Enjin yang sama dengan SPE Penuh, dipermudah untuk operasi harian.
-
Daftar stok bertag
Nama, mutu, berat, upah dan dulang. Setiap barang dapat nombor tag sendiri.
-
Jualan ikut harga semasa
Harga emas dikemas kini sepanjang hari dan dikira automatik pada setiap jualan.
-
Resit cetak & e-mel
Templat resit standard SPE, dicetak atau dihantar ke e-mel pembeli selepas bayaran.
-
Beli emas terpakai
Rekod belian, kemudian jual semula atau tukar jadi stok preloved.
-
Rekod pelanggan
Nama, telefon dan sejarah pembelian setiap pelanggan di satu tempat.
-
Laporan harian
Jualan, belian, aliran wang dan baki stok untuk tutup kedai setiap hari.
Satu harga, tanpa yuran pendaftaran
Bayar bulanan, dengan percubaan 14 hari selepas permohonan diluluskan. Bila stok bertambah, naik taraf ke SPE Penuh tanpa pindah data.
Tawaran 100 pendaftar pertama
Had stok yang lebih besar untuk 100 kedai pertama yang mendaftar SPE Lite.
SPE Lite
RM89/ bulan
- Tiada yuran pendaftaran
- Percubaan percuma 14 hari
- Stok aktif sehingga 300 item atau 500 g
- Barang terjual tak dikira dalam had
- Sehingga 3 pengguna aktif
- Resit standard SPE, cetak & e-mel
- Naik taraf bila-bila masa, data kekal
Permohonan dinilai oleh pentadbir sebelum akaun dibuka.
SPE Lite atau SPE Penuh?
Mula dengan Lite. Bila kedai berkembang, semua modul Penuh dibuka tanpa pindah data.
| Perkara | SPE Lite | SPE Penuh |
|---|---|---|
| Harga | RM89 / bulan, tiada yuran pendaftaran | Pakej pendaftaran + langganan bulanan (hubungi kami) |
| Had stok aktif | 300 item atau 500 g | Tiada had |
| Pengguna aktif | Sehingga 3 | Ikut keperluan kedai |
| Stok, jualan & resit | Ada | Ada |
| Reka bentuk resit | Templat standard SPE | Templat & nota resit ikut kedai |
| Beli emas terpakai | Beli, jual semula, jadi preloved | Penuh: lebur, tarik, kontra, assay, sparepart |
| Rekod pelanggan | Ada | Ada, dengan keahlian & mata ganjaran |
| Tempahan & cengkeram | Tiada | Ada |
| e-Invois LHDN | Tiada | Ada |
| Akaun, analitik & paparan TV | Tiada | Ada |
| Banyak cawangan | Satu kedai | Ada, dengan pindah stok antara cawangan |
Perlukan e-Invois LHDN atau tempahan? Lihat SPE Penuh
Soalan lazim SPE Lite
Apa jadi bila stok sampai had?
Jualan berjalan seperti biasa. Hanya pendaftaran stok baru ditahan sehingga ada barang terjual, dan draf stok anda tidak hilang. Amaran dipaparkan lebih awal, pada 90% had.
Boleh naik taraf ke SPE Penuh kemudian?
Boleh, bila-bila masa. Lite dan Penuh guna sistem yang sama, jadi semua stok, jualan dan pelanggan kekal. Modul tambahan terus terbuka selepas naik taraf.
Perlu beli komputer atau mesin khas?
Tidak. SPE Lite dibuka melalui pelayar web di komputer, tablet atau telefon. Pencetak resit adalah pilihan.
Bagaimana cara memohon SPE Lite?
Hantar permohonan melalui WhatsApp. Pentadbir kami menilai setiap permohonan terlebih dahulu, kemudian membuka akaun kedai anda untuk percubaan 14 hari. Teruskan dengan RM89 sebulan jika sesuai.
Adakah SPE Lite menyokong e-Invois LHDN?
Tidak. Jika perniagaan anda wajib menghantar e-Invois, pilih SPE Penuh yang disepadukan terus dengan MyInvois LHDN.
Mohon SPE Lite untuk kedai anda
Hantar permohonan di WhatsApp. Pentadbir kami akan menilai permohonan anda, kemudian membuka akaun untuk percubaan 14 hari.
Foto gelang emas: A S M Jobaer, CC BY-SA 4.0