Kembali ke Utama
Digital Signage

Harga emas di skrin TV,
sentiasa terkini

Tetapkan harga sekali dalam SPE. Skrin TV di kedai memaparkan harga jualan, trade-in dan buyback mengikut mutu, bersama slideshow promosi kedai anda. Tiada lagi tulis semula papan harga setiap pagi.

Kedai Emas Contoh
--:--:--
 
Harga Emas Hari Ini
MutuJualanTrade-InBuyback
Harga segram (RM) · Tertakluk kepada perubahan
Koleksi Terkini
Gelang &
Rantai 916
Rekaan baharu tiba minggu ini. Tanya staf kami di kaunter.
Promosi
Upah
Separuh Harga
Untuk pembelian barang kemas terpilih sepanjang bulan ini.
Ahli Kedai
Kumpul mata,
tebus diskaun
Daftar keahlian percuma di kaunter dengan MyKad.
Harga dikemaskini: —
Sistem Pengurusan Emas

Tekan butang ini untuk lihat TV menerima harga baharu. Angka yang berubah berkelip emas.

Contoh paparan. Nama kedai, harga dan gambar promosi di atas adalah rekaan.

Cara Berfungsi

Tiga langkah, sekali sahaja

Selepas TV dipasang, kerja harian hanyalah menetapkan harga seperti biasa dalam SPE.

1

Tetapkan harga dalam SPE

Kemaskini harga emas semasa seperti biasa. Harga jualan, trade-in dan buyback bagi setiap mutu dihantar ke TV secara automatik.

2

Muat naik gambar promosi

Pilih sehingga 5 gambar: koleksi baharu, promosi, atau hebahan kedai. Gambar bertukar sendiri setiap beberapa saat.

3

Buka pautan di TV

Setiap kedai mendapat pautan pendek tersendiri. Buka sekali di pelayar TV, dan paparan akan berjalan sepanjang hari tanpa perlu disentuh.

Ciri-ciri

Direka untuk kaunter kedai emas

Harga ikut mutu

Jualan, trade-in dan buyback untuk setiap mutu dalam satu jadual. Mutu yang tiada harga tidak dipaparkan.

Kemaskini automatik

Harga baharu muncul di TV dalam masa kira-kira seminit selepas disimpan. Angka yang berubah berkelip supaya pelanggan perasan.

Slideshow promosi

Sehingga 5 gambar dengan peralihan lembut. Gambar dilaraskan sendiri untuk memenuhi panel tanpa ruang kosong.

Jam & tarikh

Nama kedai, jam dan tarikh penuh dalam Bahasa Melayu di bahagian atas skrin, serta masa harga terakhir dikemaskini.

Tahan gangguan internet

Jika talian terputus, TV terus memaparkan harga terakhir. Penunjuk kecil di bawah skrin bertukar merah sebagai tanda.

Setiap cawangan berasingan

Setiap cawangan mempunyai pautan dan harga sendiri, jadi TV di cawangan berlainan boleh memaparkan harga yang berbeza.

Keperluan

Apa yang anda perlukan

Tiada perkakasan khas. Kebanyakan kedai sudah memiliki semuanya.

Peranti

  • Smart TV yang ada pelayar web, atau
  • TV biasa bersama Android TV box, streaming stick atau komputer kecil (cth. Raspberry Pi)
  • Sambungan internet kedai (WiFi atau kabel)
  • Skrin landskap 16:9 (Full HD atau lebih) untuk hasil terbaik

Tip gambar promosi

  • Panel gambar hampir segi empat sama. Letakkan tulisan dan produk di tengah supaya tidak terpotong.
  • Guna gambar yang jelas, sekurang-kurangnya 1080 piksel lebar.
  • Tulisan besar dan ringkas lebih mudah dibaca dari jarak kaunter.
  • Tiada gambar? Panel memaparkan nama kedai sebagai ucapan selamat datang.

Mahu paparan ini
di kedai anda?

Ciri ini sudah tersedia untuk pengguna SPE. Hubungi kami untuk pautan TV kedai anda atau demo penuh.