Kembali ke Inventori · Laporan
Laporan Inventori · Emas Baru & Emas Buruk

Setiap gram
ada rekodnya

Rekod Pergerakan Emas menyusun semua emas yang masuk dan keluar kedai macam penyata akaun bank — tarikh, butiran, gram masuk, gram keluar dan baki berjalan. Baki hari ini sentiasa sama dengan stok dalam sistem.

Rekod Pergerakan Emas Baru
Paparan harian · Semua mutu
MasaButiranMasukKeluarBaki (g)
BAKI PEMBUKAAN1,250.40
10:12KEY IN INVOIS (12 item)58.201,308.60
11:03JUALAN10.921,297.68
11:03KERAT0.991,296.69
15:40BATAL JUALAN1.661,298.35
16:25PULANG KE PEMBEKAL5.101,293.25
Baki penutup = stok dalam sistem
Angka contoh

Semua jalan emas masuk dan keluar

Setiap jenis pergerakan stok emas baru dilabel dengan jelas, jadi staf tahu dari mana setiap gram datang dan ke mana ia pergi.

Masuk ke stok

Masuk

Key in invois

Stok baru dari pembekal didaftar ikut invois — setiap invois satu baris dengan bilangan item.

Masuk

Daftar baru tanpa invois

Barang yang didaftar terus tanpa invois pembekal, dikumpul ikut masa daftar.

Masuk

Terima dari cawangan

Stok yang dipindah dari cawangan lain dan diterima di kedai ini.

Masuk

Dari emas buruk (preloved)

Emas terpakai yang dibaik pulih dan dijadikan stok jualan semula.

Masuk

Batal jualan

Barang yang dipulangkan ke stok bila jualan atau seluruh resit dibatalkan.

Keluar dari stok

Keluar

Jualan

Berat yang dijual mengikut resit, lengkap dengan nama pelanggan dan staf.

Keluar

Kerat

Berat yang dipotong semasa jualan. Item kekal, hanya gram berkurang — dan masuk ke emas buruk.

Keluar

Delete stok

Stok yang dipadam dari sistem berserta sebab yang direkod staf.

Keluar

Ubah berat

Pembetulan berat stok — naik atau turun, dengan berat lama dan baru.

Keluar

Tukar ke emas buruk

Stok yang ditarik dari jualan dan dihantar ke simpanan emas buruk.

Keluar

Transfer & pulang pembekal

Pindah ke cawangan, pulang ke pembekal atau diberi sebagai hadiah — setiap satu dilabel berasingan.

Perjalanan satu cincin, dari invois ke emas buruk

Setiap langkah di bawah menjadi satu baris dalam rekod — tanpa staf perlu mencatat apa-apa secara manual.

  1. Staf kedai

    Key in invois

    Cincin 5.20g didaftar dari invois pembekal. Masuk 5.20g.

  2. Staf kedai

    Timbang semula

    Berat dibetulkan ke 5.10g. Keluar 0.10g, berat lama & baru dicatat.

  3. Pelanggan

    Dijual

    Pelanggan beli 4.80g selepas saiz dikecilkan. Keluar 4.80g.

  4. Automatik

    Kerat direkod

    Baki potongan 0.30g. Keluar 0.30g — stok kembali tepat sifar.

  5. Automatik

    Masuk emas buruk

    Potongan 0.30g itu muncul pula dalam Rekod Pergerakan Emas Buruk.

Staf kedai tindakan staf Pelanggan tindakan pelanggan Automatik direkod sendiri
Rekod Stok sebenar

Baki yang boleh dipercayai

Baki pembukaan dikira ke belakang dari stok sebenar hari ini. Jadi baki penutup tidak pernah lari dari kiraan stok — walaupun rekod lama tidak lengkap.

Gram & bilangan item

Baki berat dan baki item dipapar bersebelahan pada setiap baris.

Tiada kiraan berganda

Pindahan yang juga direkod sebagai jualan hanya dikira sekali.

Jualan batal kekal kelihatan

Jualan asal dan pembatalannya dipapar berpasangan pada hari masing-masing.

Diuji dengan data sebenar

Pergerakan harian disemak lawan kiraan stok penutup setiap malam.

Dua cara melihat pergerakan

Harian — terperinci

Setiap resit dan invois satu baris, dengan masa, karat, pihak terlibat, staf yang merekod dan catatan. Dibuka secara lalai untuk hari ini.

Bulanan — ringkas

Dikumpul sehari setiap jenis pergerakan, dengan ringkasan jumlah masuk & keluar. Klik tarikh untuk terus ke paparan harian hari itu.

Tapis ikut mutu untuk semakan timbang · Eksport ke Excel, PDF atau cetak terus.

Semua di bawah satu kategori

Menu Rekod Transaksi kini ada kategori khas Rekod Pergerakan, jadi semua laporan keluar masuk emas mudah dicari di satu tempat.

  • Rekod Pergerakan Emas Baru — penyata stok jualan
  • Rekod Pergerakan Emas Buruk — belian, kontra, tarik, lebur & preloved
  • Pergerakan Stok — ringkasan emas baru & buruk
  • Pergerakan Stok Dulang & Audit Pergerakan Stok
Rekod Pergerakan

Modul Lain